Olih : Yahaya Ismail
Beribu cicak dan mengkarong menunggu amanat penting dari sahabat mereka yang berstatus selebriti. Ini bukan tarikan jom heboh. Ini amanat yang mesti ditaati oleh setiap cicak dan mengkarong. Memang mereka bangga dan ingin tahu apakah amanat yang hendak disampaikan itu. Dari bisikan cicak dan mengkarong kononnya amanat ini direstui pihak atasan yang melantik si dia memberi buah fikiran untuk menjaga ketenteraman awam.
Dia hadir dengan segala kehebatannya. Matanya merayap pada barisan cicak dan mengkarong di depannya. Lalu berlabuh pandang pada seekor cicah dan mengkarong yang comel. Si dia menelan air lior di atas pentas. Cicak dan mengkarong yang tahu kilatan pandang tersenyum. TST antara mereka.
Dia mula berpidato. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana dipilih menjadi ketua tuan2 dan puan2 di sini.... Tiba2 melompat seekor mengkarong, "Di sini tak ada puan2 bos". Dia terkejut dari lamunannya. Dia tersenyum. Yes, I know, katanya.
Dengan meleret-leret dia menyatakan mengapa dia kini bersama cicak dan mengkarong. Aku jadi mangsa konspirasi. Mereka tahu aku lebih hebat sebagai pemimpin.Mereka takut hilang kuasa. Mereka banyak kudis buta politik. Aku berjuang untuk rakyat. Aku mahu membela nasib semua golongan rakyat termasuk kamu cicak dan mengkarong!.
Mereka tepuk. Gemuruh bunyi tepukan mereka. Si dia kembang hidung, kembang buntut. Ini ada suatu peringatan kepada kamu semua. Yang hadir terdiam. Si dia melihat keliling. Matanya jatuh pada cicak dan mengkarong yang memberi senyuman kepadanya. Hatinya berdebar. Terkunang-kunang bayaran mereka dalam ingatannya.
Pihak atasan memberitahu aku suruh sampaikan kepada kamu semua arahannya. Tak sabar menunggu lagi Seekor mengkarong bangun bertanya, ":Ap-a arahan itu bos?" Sabar, sabar, aku nak beritau kalian. Aku minta kalian mesti protes, tunjuk perasaan, tentang pihak berkuasa. Boleh kamu semua tentang? Dia bertanya dengan suara garau, kasar. "Bos. kamu akan tentang. Kami pengikut setia bos."
Terima kasih, terima kasih, kata dia dengan penuh bangga.
Apa arahan pihak berkuasa bos? Tak sabar lagi mereka nak tahu.
Sebelum menjawab dia memandang kepada cicak dan mengkarong yang memberi senyuman.
"Pihak berkuasa mahu kamu semua pakai cawat besi" Dia luahkan semua. Terkejut cicak dan mengkarong. Dengan spontan mereka semua melompat, menjerit. Tidak! tidak! tidak! Kami tak mau pakai cawat besi. Kami mau bebas tak pakai cawat apa-apa pun. Mereka terus keluar dari dewan menuju ke pejabat penguasa. Pihak penguasa panik melihat ribuan cicak dan mengkarong menuju ke pejabatnya. Si dia berhadapan dengan penguasa.
"Sabar,sabar, jangan protes. Nanti saya hilang jawatan", merayu penguasa.
"Mengapa suruh kami pakai cawat besi?" herdik si dia. Penguasa terketar-ketar menjawab. "Silap teknik, datuk," kata penguasa.
"Silap teknik macam mana?" si dia bertanya, matanya terbeliak.
"Cicak, mengkarong semua tak perlu pakai cawat besi. INi arahan sebelum datuk masuk ke sini." kata penguasa, terketar-ketar.
Menjerit semua cicak dan mengkarong. Tiba-tiba dia rasa ada sesuatu menyentuh tubuhnya. Dia melihat siapa yang menyentuhnya.
Dia tersenyum. Cicak dan mengkarong itu pun tersenyum.
Dia berbisik, "Malam ini jumpa aku. Tak payah pakai cawat tau." selesai
No comments:
Post a Comment