Tuesday, 24 March 2015

Interaksi Sambil Jana Duet - Blixworld Laman Web Baru Untuk Berhibur diLancarkan Hari Ini



Blix Technologies Sdn Bhd memperkenalkan laman web menarik, Blixworld untuk membolihkan pengguna alam maya berhibur sambil menjana pendapatan sampingan.

Presidennya, Syed Muhammad Syed Abdullah berkata, laman web berkenaan akan berada secara rasmi dalam talian mulai hari ini 25 Mac 2015 dan ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

Syed Muhammad berkata, ia berbeza dengan laman web biasa kerana pengguna juga berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan setiap kali video pembelajaran yang dimuat naik, ditonton pengguna seluruh dunia.

Katanya, menerusi laman web berkenaan pengguna berpeluang berbual secara lanfsung dengan artis kesayangan mereka.

Syarikat teknologi maklumat, Blix Teechnologies Sdn Bhd, juga menyasarkan sebanyak 1 juta pengguna menggunakan laman web www.blixworld.com dalam tempoh tiga bulan. sasaran tersebut relevan memandangkan laman web tersebut merupakan yang pertama didunia hasil anak tempatan dan mendapat 200,000 pengunjung dalam tempoh sebulan.

Menurut Syed Muhammad yang turut dikenali sebagai Habib Al - Attas berkata, sistem Blixworld ini bukan sahaja mudah digunakan malah ia merupakan satu daripada medium terbaik khususnya kapada golongan muda untuk mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan dalam perbagai bidang dilaman tersebut.


Dalam pada itu, Syed Muhammad sebelum ini dia digelar sebagai Steven Jobs Malaysia apabila aplikasi permainan dalam talian ciptaanya, Crazzyball mendapat sambutan hebat diseluruh dunia.

Aplikasi permainan berkenaan pernah berada dikedudukan tiga teratas dalam Appstore dan dianggap satu pencapaian hebat untuk anak muda tempatan


No comments:

Post a Comment