Sunday, 15 February 2015

PAS DAN UMNO MESTI BERKORBAN

Olih: Yahaya Ismail

Kerjasama dan perpaduan ummah antara UMNO dan Pas boleh wujud sekiranya para pemimpin kedua pihak sanggup berkorban. Berbagai fikiran kolot, jumud mengenai perjuangan Melayu Islam perlu dipinggirkan. Liberalisme yang melampau dalam memperkasakan politik Melayu Islam mesti dihapuskan. Segala-galanya mesti berasaskan al-qur'an dan hadis yang sebenarnya, bukan manipulasikan wahyu Allah dan sabda Nabi untuk kepentingan politik pribadi yang menyesatkan. 

Jangan menipu diri sendiri dalam perjuangan politik sejak Merdeka hingga sekarang. Politik Malaysia masih dan akan kekal berdasarkan perkauman selagi pihak pendatang terus menerus bersikap menghancurkan kuasa politik Melayu Islam. Peristiwa 13 Mei, 1969 patut memberi keinsafan dan kesedaran kepada semua pihak agar jangan menjolok sarang tebuan. Jangan jadikan Malaysia seperti Fiji dimana pihak pendatang berjaya menyingkirkan kuasa politik pribumi untuk menubuhkan kerajaan majoriti kaum India. Akibatnya pihak tentera Fiji terpaksa menggulingkan kerajaan dari kaum pendatang untuk mengekalkan kuasa politik pribumi.


Hari ini kepimpinan Melayu lemah, berpecah-berlah akibat dirasuki pihak luar yang berjaya mempengaruhi iklim politik semasa. Korupsi kebendaan dan minda berlaku serentak hingga menyebabkan semangat ukuwah islamiah semakin terhakis. Pihak pendatang ketawa melihat kebodohan para pemimpin Melayu yang bercakaran sama sendiri. Masing-masing menjadi pengemis politik cuba mendapatkan sokongan pihak pendatang untuk membantu mereka. Kekuatan Melayu Islam yang terctus di awal kemerdekaan kini menjadi cair setelah Pas dan UMNO mengamalkan politik tolol mengemis sokongan pihak pendatang untuk memperkukuhkan kedudukan masing-masing.
Baik UMNO mahu pun Pas mengamalkan politik Pak Kadok menang sorak negara dan bangsa tergadai. Sekarang penghalang besar perpaduan Melayu Islam,


 Nik Aziz, sudah tiada. Anwar, homosek super tegar yang menjadi boneka US Zionis sudah dijeblos dalam penjara. Kiambang mesti kembali bertaut. Mesti ada kesungguhan dan pengorbanan kedua pihak untuk sama-sama merancang masa depan politik Melayu Islam yang perkasa. Majoriti umat Islam merindui kerjasama dan perpaduan ummah. Benamkanlah ego masing-masing, berkorbanlah demi masa depan perjuangan Melayu Islam agar negara tercinta tidak transformasikan Melayu dari status "tuan" menjadi pengemis yang hina di bumi sendiri. 

No comments:

Post a Comment