Olih: Yahaya Ismail
Pilhan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akan berlaku tak lama lagi. UMNO jangan terlampau gairah bahawa ia mudah menang di situ. Permatang Pauh kubu kuat Anwar. Dulu Wan Azizah jadi calon. Dia menang mudah. UMNO pocik. Bila Anwar menggantikan isterinya sebagai calon dia juga menang mudah. Apakah kali ini Anwar akan arahkan anak menantunya sebagai calon untuk mengekalkan "kuasa" keluarga homosek super tegar? Belum tahu lagi. Atau apakah Mat Sabu yang menggelarkan Anwar "aljuburi" di masa lalu tetapi kini menjadi macai Anwar akan menjadi calon di situ? Belum tahu.
UMNO boleh merampas kubu kuat Anwar kalau meletakkan calon terbaik, berwibawa, tidak rasuah, berilmu dan komited terhadap kepentingan rakyat. Jangan sekali-kali memilih calon yang banyak kudis buta politik pekung dan puru politik.Kalau ada sabotaj dari pihak UMNO untuk menghancurkan calon Najib mesti mengambil tindakan tegas. Jangan sekali-kali pilih kroni kerana yang menentukan nasib calon ialah ribuan pengundi berbagai kaum.
Ini peluang paling baik bagi UMNO menghancurkan mitos Anwar sebagai "pejuang berjiwa rakyat". Strategi UMNO mesti bijak. Kata orang pukul ular, ular mesti mati, kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk. Sekiranya ketua bahagian atau mana-mana pemimpin berjiwa kerdil mensabotaj calon kerana tidak dipilih maka UMNO mesti bertindak tegas dan cepat mengatasi isu tersebut.
Sebenarnya PRK Permatang Pauh kali ini boleh menjadi indikator apakah Anwar masih menjadi idola mereka atau mereka sudah berpihak kepada UMNO. Kalau calon UMNO menang imej Najib kembali segar seperti bunga layu disentuh embun pagi. Tapi kalau calon UMNO kalah juga maka Najib perlu membuat kritikdiri dan insaf bahawa dia tidak dianggap populer sebagai pemimpin. Sekali-kali jangan dia bawa Rosmah bersamanya untuk berkempen. Na'as UMNO.
Kata peribahasa burung terbang jangan dipipis lada. Belum tentu BN boleh menang di PP kalau salah pilih calon, salah strategi kempen, tak ada kerjasama antara ketua bahagian dengan calon dan ahli2j/kuasa, sikap [ilih kasih memberi bantuan kpd rakyat, sikap bodoh sombong para pemimpin BN.
Mitos Anwar sebagai pemimpin Islam sudah hancur. Dia homosek super tegar yang hipokrit. Tapi kalau UMNO bodoh sombong, tk bijak merancang strategi tentu tak berjaya menawan PPauh.
No comments:
Post a Comment