Wednesday, 11 February 2015

SELAMAT JALAN ANWAR!

Olih : Yahaya Ismail

Sahabat lama yang ku kenal sejak era 70an kini menjadi penghuni tak diminta sebagai banduan di penjara Sungai Buloh. Lima tahun untuk anda menginsafi segala perjuangan hidup yang bersilat dalam mimpi menjadi PM. Kali kedua kamu dipenjara atas kes yang sama - sodomi, liwat. 

Dalam usia 67 tahun punya anak-anak dan cucu-cucu yang menyayangimu, menjunjung tinggi aspirasi perjuanganmu, memburu kuasa sebagai bakal PM, mengapa kamu tidak dapat mengawal nafsu songsangmu yang menyebabkan kamu jeblos dalam penjara? Kamu dijulang sebagai wira bila ditahan di bawah ISA pada tahun 1974 kerana memperjuangkan rakyat miskin. 

Aku juga hampir ditahan di bawah ISA kerana sama-sama memperjuangkan rakyat miskin di Pulau Pinang waktu aku menjadi pensyarah di USM..Bila kamu masuk UMNO dan menjadi anak mas Dr Mahathir bintang kamu memang cerah benderang. Kamu bakal menjadi PM. Para juak2, tukang ampu, para kroni mencium tangan kamu. 

Kamu jadi seperti raja merak di kayangan. Kamu lupa daratan. Kamu sudah menjadi si Malin Kundang. Aku menulis buku ANWAR IBRAHIM ANTARA NAWAITU DAN PESTA BORIA (1993) untuk menyedarkan kamu agar kamu tidak mabuk kuasa. Aku sudah membuka rahsia pribadimu secara tersirat. Kamu panik. Kamu minta kawan kamu membawa aku menemui kamu di kediaman kamu.
Hanya engkau dan aku berbincang selama dua jam ditemani cucur kodok, kopi. Kita bercakap :hang" dan "aku". Aku beritau apa orang cakap mengenai kepimpinan kamu dan juga kelemahan kamu. Kalau aku berniat jahat dan merakamkan apa isi hati kamu dalam perjumpaan itu tentu kamu terkejut beruk dan pitam tiga hari tiga malam.



Kau sahabat aku dan aku hormat perjuangan kamu. Malangnya kamu tidak insaf dan hanya memperalatkan orang untuk kepentngan dirimu. Kamu mengkhianati dan menebar janji seperti dukun menebar bertih. Kamu boleh memakai banyak topeng, menjulang diri sendiri mengemis sokongan rakyat. Tapi kamu lupa Allah miliki segala termasuk mimpi kamu menjadi PM. Kamu jaja nama Allah. Kamu menyesatkan ummah dengan pendirian politik kamu yang pro US dan Zionis.


 Kamu sanggup menghancurkan aspirasi bangsa kamu sendiri, memperlekehkan Islam dan mempurak-purandakan keharmonian kaum kerana dendam kesumat kamu terhadap UMNO yang menyingkirkan kamu.
Anwar, insaflah!. Allah telah mewahyukan dalam al-qur'an yang melaknati kaum Nabi Lut. Kau tahu Allah tidak akan merestui perjuangan kamu kerana nafsu songsang itu. Sia-sia saja perjuangan kamu. Sebaik-baiknya kamu insaf bila mejadi penghuni penjara kali pertama atas kes yang sama. Kamu silap langkah. Kamu cabar kuasa Allah. Kini Allah buktikan kuasaNya cash on delivery di atas muka bumi untuk menginsafi kamu dan seluruh umat manusia. Anwar, insaflah dan kembalilah ke jalan yang lurus untui mendapat keredhaan Allah. Ingat kalau Allah hendak jadikan maka jadilah ia.

No comments:

Post a Comment