Sunday, 15 February 2015

SIDANG CICAK DAN MENGKARONG

Olih : Yahaya Ismail

Beribu cicak dan mengkarong menunggu amanat penting dari sahabat mereka yang berstatus selebriti. Ini bukan tarikan jom heboh. Ini amanat yang mesti ditaati oleh setiap cicak dan mengkarong. Memang mereka bangga dan ingin tahu apakah amanat yang hendak disampaikan itu. Dari bisikan cicak dan mengkarong kononnya amanat ini direstui pihak atasan yang melantik si dia memberi buah fikiran untuk menjaga ketenteraman awam.


Dia hadir dengan segala kehebatannya. Matanya merayap pada barisan cicak dan mengkarong di depannya. Lalu berlabuh pandang pada seekor cicah dan mengkarong yang comel. Si dia menelan air lior di atas pentas. Cicak dan mengkarong yang tahu kilatan pandang tersenyum. TST antara mereka.
Dia mula berpidato. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana dipilih menjadi ketua tuan2 dan puan2 di sini.... Tiba2 melompat seekor mengkarong, "Di sini tak ada puan2 bos". Dia terkejut dari lamunannya. Dia tersenyum. Yes, I know, katanya.


Dengan meleret-leret dia menyatakan mengapa dia kini bersama cicak dan mengkarong. Aku jadi mangsa konspirasi. Mereka tahu aku lebih hebat sebagai pemimpin.Mereka takut hilang kuasa. Mereka banyak kudis buta politik. Aku berjuang untuk rakyat. Aku mahu membela nasib semua golongan rakyat termasuk kamu cicak dan mengkarong!. 


Mereka tepuk. Gemuruh bunyi tepukan mereka. Si dia kembang hidung, kembang buntut. Ini ada suatu peringatan kepada kamu semua. Yang hadir terdiam. Si dia melihat keliling. Matanya jatuh pada cicak dan mengkarong yang memberi senyuman kepadanya. Hatinya berdebar. Terkunang-kunang bayaran mereka dalam ingatannya.


Pihak atasan memberitahu aku suruh sampaikan kepada kamu semua arahannya. Tak sabar menunggu lagi Seekor mengkarong bangun bertanya, ":Ap-a arahan itu bos?" Sabar, sabar, aku nak beritau kalian. Aku minta kalian mesti protes, tunjuk perasaan, tentang pihak berkuasa. Boleh kamu semua tentang? Dia bertanya dengan suara garau, kasar. "Bos. kamu akan tentang. Kami pengikut setia bos."
Terima kasih, terima kasih, kata dia dengan penuh bangga.


Apa arahan pihak berkuasa bos? Tak sabar lagi mereka nak tahu.

Sebelum menjawab dia memandang kepada cicak dan mengkarong yang memberi senyuman. 
"Pihak berkuasa mahu kamu semua pakai cawat besi" Dia luahkan semua. Terkejut cicak dan mengkarong. Dengan spontan mereka semua melompat, menjerit. Tidak! tidak! tidak! Kami tak mau pakai cawat besi. Kami mau bebas tak pakai cawat apa-apa pun. Mereka terus keluar dari dewan menuju ke pejabat penguasa. Pihak penguasa panik melihat ribuan cicak dan mengkarong menuju ke pejabatnya. Si dia berhadapan dengan penguasa.


"Sabar,sabar, jangan protes. Nanti saya hilang jawatan", merayu penguasa.
"Mengapa suruh kami pakai cawat besi?" herdik si dia. Penguasa terketar-ketar menjawab. "Silap teknik, datuk," kata penguasa.


"Silap teknik macam mana?" si dia bertanya, matanya terbeliak.
"Cicak, mengkarong semua tak perlu pakai cawat besi. INi arahan sebelum datuk masuk ke sini." kata penguasa, terketar-ketar.


Menjerit semua cicak dan mengkarong. Tiba-tiba dia rasa ada sesuatu menyentuh tubuhnya. Dia melihat siapa yang menyentuhnya.

Dia tersenyum. Cicak dan mengkarong itu pun tersenyum.
Dia berbisik, "Malam ini jumpa aku. Tak payah pakai cawat tau." selesai

PAS DAN UMNO MESTI BERKORBAN

Olih: Yahaya Ismail

Kerjasama dan perpaduan ummah antara UMNO dan Pas boleh wujud sekiranya para pemimpin kedua pihak sanggup berkorban. Berbagai fikiran kolot, jumud mengenai perjuangan Melayu Islam perlu dipinggirkan. Liberalisme yang melampau dalam memperkasakan politik Melayu Islam mesti dihapuskan. Segala-galanya mesti berasaskan al-qur'an dan hadis yang sebenarnya, bukan manipulasikan wahyu Allah dan sabda Nabi untuk kepentingan politik pribadi yang menyesatkan. 

Jangan menipu diri sendiri dalam perjuangan politik sejak Merdeka hingga sekarang. Politik Malaysia masih dan akan kekal berdasarkan perkauman selagi pihak pendatang terus menerus bersikap menghancurkan kuasa politik Melayu Islam. Peristiwa 13 Mei, 1969 patut memberi keinsafan dan kesedaran kepada semua pihak agar jangan menjolok sarang tebuan. Jangan jadikan Malaysia seperti Fiji dimana pihak pendatang berjaya menyingkirkan kuasa politik pribumi untuk menubuhkan kerajaan majoriti kaum India. Akibatnya pihak tentera Fiji terpaksa menggulingkan kerajaan dari kaum pendatang untuk mengekalkan kuasa politik pribumi.


Hari ini kepimpinan Melayu lemah, berpecah-berlah akibat dirasuki pihak luar yang berjaya mempengaruhi iklim politik semasa. Korupsi kebendaan dan minda berlaku serentak hingga menyebabkan semangat ukuwah islamiah semakin terhakis. Pihak pendatang ketawa melihat kebodohan para pemimpin Melayu yang bercakaran sama sendiri. Masing-masing menjadi pengemis politik cuba mendapatkan sokongan pihak pendatang untuk membantu mereka. Kekuatan Melayu Islam yang terctus di awal kemerdekaan kini menjadi cair setelah Pas dan UMNO mengamalkan politik tolol mengemis sokongan pihak pendatang untuk memperkukuhkan kedudukan masing-masing.
Baik UMNO mahu pun Pas mengamalkan politik Pak Kadok menang sorak negara dan bangsa tergadai. Sekarang penghalang besar perpaduan Melayu Islam,


 Nik Aziz, sudah tiada. Anwar, homosek super tegar yang menjadi boneka US Zionis sudah dijeblos dalam penjara. Kiambang mesti kembali bertaut. Mesti ada kesungguhan dan pengorbanan kedua pihak untuk sama-sama merancang masa depan politik Melayu Islam yang perkasa. Majoriti umat Islam merindui kerjasama dan perpaduan ummah. Benamkanlah ego masing-masing, berkorbanlah demi masa depan perjuangan Melayu Islam agar negara tercinta tidak transformasikan Melayu dari status "tuan" menjadi pengemis yang hina di bumi sendiri. 

Friday, 13 February 2015

ALLAH MEMBERI PETUNJUK APAKAH PAS, UMNO MASIH BUTA?

Allah telah memberi petunjuk jalan kepada UMNO dan Pas mencari keredhaanNya. Penentang kerjasama itu telah dipanggil Allah. Seorang lagi berstatus homosek super tegar menjadi penghuni di Sg Buloh selama lima tahun.Yang menjadi tali pengikat Pas kepada DAP dan PKR sudah tiada. Allah juga menunjukkan perjuangan Pas songsang setelah berkawan dengan DAP yang anti Islam, anti Melayu. Hilang kredibilitinya sebagai parti Islam walaupun ahli2nya masih memakai jubah dengan serban londeh dan takbir bila Lim Guan Eng mencerca sesama Islam.


Para pemimpin UMNO dan Pas perlu muasabah. Kedua pihak banyak kelemahan. Para ahli kedua parti perlu muasabah, insaf dan mesti bekerjasama memperkasakan kuasa politik Melayu yg semakin terhakis. Kuasa politik Melayu akan hancur kalau Melayu berpecah-belah seperti sekarang. DAP dan Anwar memang suka melihat Melayu dan Islam hancur di bumi bertuah ini. Carilah perpaduan dan kerjasama antara kedua pihak. Benam perselisihan dan jangan memandang remeh agenda DAP dan PKR untuk menghancurkan kuasa politik Melayu.


Kalau Melayu hilang kuasa politik selepas PRU 14 jangan mimpi Pas akan diberi jawatan menteri penting dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang dikuasai cina DAP dan PKR. Sekarang pun DAP sudah tunjuk belangnya menentang gagasan Islam Pas, dan berani memperlekehkan Islam tanpa ada apa-apa reaksi tindak balas dari Pas. 


Pas dianggap sebagai tembukut di tepi gantang oleh DAP dan PKR.
Allah telah menunjuk jalan yang lurus untuk UMNO dan Pas bekerjasama mempertahankan kuasa politik Melayu Islam. Bergeraklah ke arah perpaduan ummah sekiranya kalian tidak mahu Melayu hilang kuasa politik kelak.


Oleh: Yahaya Ismail

Hukuman Penjara Lima Tahun Anwar Tidak Terlalu Berat - Mahkamah Persekutuan


Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
Oleh Suriati Sidek Ahmad

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu, tidak terlalu berat, menurut Mahkamah Persekutuan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan selepas menimbangkan keseriusan kesalahan meliwat dan fakta bahawa Anwar telah mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai majikan kepada seorang mangsa yang masih muda.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman bertulis setebal 116 muka surat yang dikeluarkan hari ini.

Beliau merujuk kepada satu kes undang-undang yang menyebut bahawa menjatuhkan hukuman merupakan soal budi bicara, mahkamah yang mendengar rayuan perlu teliti dalam mentafsirkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah lebih rendah.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Arifin berkata berhubung rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara, panel hakim yang diketuainya berpandangan bahawa hukuman tidak boleh dikatakan sebagai tidak memadai yang memerlukan campur tangan mahkamah tertinggi.

Oleh itu, katanya mahkamah menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara itu, dan rayuan balas pihak pendakwaan.

"Hukuman diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dengan ini disahkan," kata Hakim Arifin yang mengetuai panel lima hakim yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pada 10 Feb, Anwar gagal dalam rayuan akhirnya bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Hakim Arifin, semasa membacakan penghakiman pada hari berkenaan, berkata panel yakin sepenuhnya yang melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Saiful telah diliwat oleh Anwar dan beliau (Anwar) tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Beliau berkata keterangan saintifik (perubatan dan bukti DNA) dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan sel sperma milik Anwar ditemui dalam bahagian bawah dan atas rektum Mohd Saiful.

"Satu-satunya penjelasan yang logik bagi keadaan ini adalah PW1 (Saksi Pertama Pihak Pendakwaan Mohd Saiful) semestinya telah diliwat oleh perayu (Anwar)," katanya.

Anwar diwakili pasukan 15 peguam bela yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas lagi peguam bela ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, kini berumur 30 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sebanyak 27 saksi pihak pendakwaan termasuk saksi utama Mohd Saiful, dan lapan saksi pihak pembelaan termasuk Anwar memberi keterangan dalam perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun di Mahkamah Tinggi yang turut mendapat perhatian di seluruh dunia.

Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti 100 peratus dengan integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada mangsa.

Mahkamah memutuskan sampel itu mungkin telah diusik sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful dan memutuskan hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam dapatannya berhubung sampel itu yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

-- BERNAMA

Thursday, 12 February 2015

Jenazah Nik Aziz Selamat Disemadi Sebelah Pusara Bapa


 Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka kira-kira pukul 10.55 pagi Jumaat.
Turut berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak serta 10 anak Allahyarham.
Jenazah dikebumikan sekitar 10.55 pagi bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi PAS lain menyertai ribuan rakyat hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Terdahulu, solat jenazah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka di sini pada 10 pagi, diimamkan Abdul Hadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di masjid itu bagi memberi penghormatan terakhir serta menyertai solat jenazah.


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut hadir.
Jenazah Nik Abdul Aziz diusung oleh anak-anaknya ke tanah perkuburan berkenaan.
Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka di sini pada 9.40 malam tadi.
Allahyarham Nik Abdul Aziz yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, pada  8.40 malam.

Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak Disember tahun lepas.
Ribuan orang ramai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sejak berita kematiannya diketahui pada Khamis malam.


Wednesday, 11 February 2015

DINASTI ANWAR DI PERMATANG PAUH?

Olih: Yahaya ismail

Kononnya anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, akan menjadi calon di Permatang Pauh. Kalau ini berlaku bermakna dia juga gila kuasa dan hendak mengujudkan dinastinya di situ sebagai kubu kuat PKR. PKR memang menjadi parti politik sdn bhd Anwar. Walau pun dia di Sg Buloh ahlan wasahlan dengan ratusan banduan yang lain, termasuk perogol, penipu, pembunuh, penagih dadah namun dia tetap menjadi penasihat PKR. Wan Azizah, bininya, menjadi presiden dan Nurul Izzah, janda muda anaknya, menjadi naib presiden. Kalau Nurul Nuha dipilih sebagai calon PRK Permatang Pauh maka "all in the family" kuasai PKR! Inilah amalan nepotisme yang super rakus seperti DAP menjadi parti anak beranak. 


Sekiranya anaknya jadi calon di Permatang Pauh apakah para pengundi Melayu akan memilih zuriat Anwar sebagai wakil rakyat mereka? Kalau mereka memilih juga bermakna mereka menjadi pengikut setia pemimpin homosek super tegar. Bukankah Allah melaknati perbuatan sex sejenis yang diamalkan oleh para pengukut Nabi Lut seperti mana diwahyukan Allah dalam al-qur'an? Apakah kalain tidak melihat kemurkaaan Allah terhadap Anwar yang bermimpi menjadi PM akhirnya menjadi banduan di Sg Buloh? Kalau kamu punya otak dan berpegang pada tali Allah tentulah kamu tidak akan menjadi pengikut buta seorang homosek.


 Insaflah bahawa PKR itu parti keluarga Anwar yang menyanjung tinggi amalan homoseksualiti. Kalau kamu memenangkan calon PKR, apalagi anak Anwar sendiri, maka bermakna kamu bersekongkong dan memuja pemimpin homosek yang dilaknati Allah.


Apakah kamu diberkati Allah kerana menyokong PKR yang mengkultuskan Anwar sebagai tokoh homosek super tegar? Tepuk dada tanya selera. Kalau Allah telah menghancurkan Sodom dan Gomorah, tempat tinggal kaum Nabi Lut yang mengamalkan homoseksuil, maka Allah Yang Maha Kuasa juga boleh melaknati kalian yang engkar. 

Jangan salah ibu mengandung kalau Allah melaknati kehidupan kalian. Sebaik-baiknya para ulama, bukan ular dalam semak, patut memberi ceramah mengenai laknat Allah terhadap kaum Lut supaya mereka yang buta ugama tahu dan insaf. PRK Permatang Pauh ini juga menjadi pertarungan antara Najib dan Anwar. Kalau calon BN menang bermakna imej Najib kembali cemerlang. Tapi kalau calon BN kalah bermakna Najib dan Rosmah tidak nyenyak tidur di Seri Perdana mengenangkan nasib politik mereka menghadapi PRU 14 akan datang.

Tanya pada Anwar waktu dia jadi TPM merangkap menteri kewangan merangkap lagi sebagai ketua perhubungan UMNO PPinang apa sumbangan besarnya membela nasib Melayu PPinang? Pooraaah! Dia tak buat apa2 pun yg hebat utk bela Melayu.

 Orang yg super taksub yang kultuskan manusia tidak akan nampak segala pekung kudis buta sang tokoh yg dipujanya. Manusia yg guna aqal fikiran yg bebas, tak memuja manusia tapi mencari keredhaan Allah tentu dapat melihat dan menilai seseorang tokoh berdasarkan ilmu pengetahuan.

Kerana Sedap 5 minit ... Habuannya 5 Tahun Penjara

Malaysia ini bukan hak Anwar Ibrahim Sorang tapi hak 30juta Orang Rakyat Malaysia..Jadi Dia Dah Masuk Penjara Atas Kesalahan Beliau. Terima lah Keputusan Mahkamah, Buang Masa sahaja Highlight pasal dia ni free coverage buang masa.. baik fokus majukan negara ke hadapan untuk terus maju disamping menjaga kepentingan kebajikan rakyat seluruh negara

Kerana sedap 5 minit , habuannya 5 tahun penjara.,7 tahun masa bicara kes , pelbagai peluang diberikan untuk membela diri dan buktikan sebaliknya ,tetapi pasukan pembela hanya minta hukuman diringankan dan dikurangkan ,

Agak mencurigakan apabila tertuduh memilih untuk tidak bercakap dlmahkamah , agak pelik apabila peguam pembela mencadangkan aktiviti liwat itu adalah atas dasar suka sama suka...

Jika mahkamah tidak betul ataupun kerajaan menganaya tertuduh , mengapa pasukan pembela gagal untuk buktikan sebaliknya segala pembuktian yang dikemukakan ?
Agak melucukan apabila terdapat usaha daripada pihak tertuduh untuk libatkan pengaruh luar untuk menyerang kehakiman negara sedangkan ketua pasukan pembela adalah bekas hakim kanan kehakiman negara.
Agak pelik apabila pasukan pegang lilin buat perhimpunan dipenjara., kerana tiada seorang pun samaada daripada penyokong ataupun pihak luar dapat berikan hujah dan bukti kapada pasukan pembela yang diketuai oleh bekas hakim kanan untu
k mencabar kes..

TENGOK Mainan Bangsat Presiden MCA..Depan Cakap Lain belakang Cakap Lain.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi menjelaskan kenyataannya berhubung peniaga yang enggan menurunkan harga barang. 

Ismail Sabri berkata pertemuan itu dijangka diadakan sebelum Tahun Baharu Cina bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik. 

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kenyataan pada Jumaat lepas tentang perlunya peniaga tanpa mengira kaum menurunkan harga barang seiring dengan pengurangan kos berikutan penurunan harga minyak, isu itu masih dilihat belum selesai. 

Ismail Sabri berkata MCA perlu berhenti mempolemikkan isu itu kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada Barisan Nasional (BN). 

"Kalau MCA attack (serang) saya, orang UMNO akan terasa, kerana saya merupakan pemimpin UMNO," katanya. 




Terjemahan posting
DS Liow Tiong Lai
Presiden MCA
Berkenaan dengan kenyataan 'boikot perniaga Cina' yang dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, saya telah meminta kabinet untuk endorse pendirian MCA pada 4hb Feb. Saya juga telah memaklumkan kepada kabinet berkenaan dengan pendirian Jawatankuasa Pusat MCA yang telah diputuskan dalam mesyuarat pada 10hb Feb. Jawatankuasa Pusat MCA meminta DS Ismail Sabri untuk menarik balik kenyataan tersebut. Saya ingin kabinet mengambil nota terhadap pendirian MCA.
Menteri MCA secara jelasnya telah memberitahu Kabinet, kenyataan pertama yang dipaparkan dalam facebook DS Ismail telah menjadi satu isu yang besar dan telah menyinggung perasaan masyarakat Cina. Kabinet harus menyelesaikan masalah ini secepat mungkin untuk mengelakkan perkara ini diriuh-rendahkan.
Selepas berbincang, kabinet telah mengarahkan DS Ismail untuk mengeluarkan kenyataan, menjelaskan kepada raykat bagi meredakan perkara ini secepat mungkin.
11hb fen 2015

 Ini antara komen dlm fb DS Liow :

Ng Swee Pan

Ya, mesti minta maaf, kalau tidak mca dan gerakan mesti keluar dari BN. Baru MCA buktikan prestasi dan rakyat akan sokong. Hidup President (MCA).

Chiang Chiong Chen
Besatu kita teguh. Like !

Gao Wen Yao
Beliau (DS Ismail Sabri ) mesti letak jawatan, Najib mahu menutup perkara ini lagi?

Raymond
Walaupun membantu masyarakat Cina untuk mendapatkan satu jawapan, namun sebagai menteri pengangkutan dan Presiden MCA, rakyat mengadu perkara berkenaan dengan kementerian pengangkutan, orang yang berkenaan telah lama mengadu, dari november sampai sekarang pun tiada jawapan.

 Kita apa pun wajib pertahan yb datuk seri Ismail Sabri sebab dia pertahan kan kita atas penindasan peniaga China yang menguasai cartel perniagaan dan dia kata itu ada lah realiti sudah lama bertapak di negara kita. Saya sanggup bersama sama kawan kawan yang jujur dalam isu ini dan MCA hanya parti elit kaum China sebab itu mereka petahan kan kaum kapitalist ini.

PAS YANG TIDAK PAS


Olih : Yahaya Ismail

Hari ini Pas jadi momokan rakyat. Dulu ia dianggap sebagai [arti memperjuangkan "negara Islam". Kini ia sanggup jadi kaldai DAP dan mendewa-dewakan aljuburi (istilah Mat Sabu) sebagai "penyelamat" Pas untuk berkongsi kuasa di Putrajaya dalam kerajaan alam mimpi. Pelek bin hairan Dewan Ulamanya boleh terima wawasan baru Pas iaitu bermimpikan "negara kebajikan" ala sosialis dan komunis pula untuk disesuaikan dengan perjuangan Malaysian Malaysia DAP.

 Lagi pelek bin lucu kononnya kerajaan Pas Kelantan mahu membawa rang undang-undang hudud pula dalam DUN. Tanya pada orang Pas bukankah sekarang ia memperjuangkan "negara kebajikan" ala sosialis komunis? Bagaimana pula memperjuangkan hudud?


Pas tenggelam punca. Mereka sudah melondeh serban jadi kuda tunggangan DAP dan Anwar tetapi masih hendak menipu ummah kononnya ia parti Islam tetapi bernafaskan sosialis komunis!
Maruah Pas sudah tercemar. Dihina dan diperlekeh DAP serta PKR namun, tanpa malu dan segan, ia masih mengemis memohon sokongan kedua parti yang anti hudud itu. Jangan mimpi Pas akan diberi kedudukan penting dalam kerajaan khayalan Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP dan PKR yang anti hudud itu.



Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat dan kembali pada perjuangan asalnya menurut perlembagaan parti itu. Para pemimpinnya yang jumud, yang memecah-belahkan ummah dengan berbagai fatwa songsang perlu disingkirkan. Juga mereka yang menjadi talibarut Anwar yang mahu mengekalkan Pas sebagai kaldai DAP dan PKR juga perlu dinyahkan. 


Pilihlah barisan pemimpin yang benar2 berjiwa Islam, kaya dengan ilmu, berpengalaman serta mempertahankan hak dan kepentingan Melayu bagi mengisi jawatan-jawatan penting parti. Berdirilah atas semangat dan kekuatan Islam. InsyaAllah Pas boleh mendapat sokongan umat Islam kalau ia sanggup bekerjasama dengan UMNO

. Ingatlah, musuh besar Pas bukan UMNO tetapi DAP yang ingin menghancurkan kuasa politik Melayu Islam seperti mana yang terpahat dalam perlembagaan. Kejaplah serban dan kembalilah pada perjuangan Pas yang asal kalau hendak mendapat sokongan umat Islam khasnya.

Budak ini akan bawa bala kepada UMNO kelak sebab dia menang pun melalui rasuah. Dia dan Anwar dalam satu geng. Banding dengan Anwar dia ni bukan cerdik sangat dalam politik. Dia bergayut pada bapak mertuannya je untuk survival dlm politik. Kalau dia dipilih lagi sebagai ketua Pemuda alamat lingkuplah perjuangan Pemuda kelak

SELAMAT JALAN ANWAR!

Olih : Yahaya Ismail

Sahabat lama yang ku kenal sejak era 70an kini menjadi penghuni tak diminta sebagai banduan di penjara Sungai Buloh. Lima tahun untuk anda menginsafi segala perjuangan hidup yang bersilat dalam mimpi menjadi PM. Kali kedua kamu dipenjara atas kes yang sama - sodomi, liwat. 

Dalam usia 67 tahun punya anak-anak dan cucu-cucu yang menyayangimu, menjunjung tinggi aspirasi perjuanganmu, memburu kuasa sebagai bakal PM, mengapa kamu tidak dapat mengawal nafsu songsangmu yang menyebabkan kamu jeblos dalam penjara? Kamu dijulang sebagai wira bila ditahan di bawah ISA pada tahun 1974 kerana memperjuangkan rakyat miskin. 

Aku juga hampir ditahan di bawah ISA kerana sama-sama memperjuangkan rakyat miskin di Pulau Pinang waktu aku menjadi pensyarah di USM..Bila kamu masuk UMNO dan menjadi anak mas Dr Mahathir bintang kamu memang cerah benderang. Kamu bakal menjadi PM. Para juak2, tukang ampu, para kroni mencium tangan kamu. 

Kamu jadi seperti raja merak di kayangan. Kamu lupa daratan. Kamu sudah menjadi si Malin Kundang. Aku menulis buku ANWAR IBRAHIM ANTARA NAWAITU DAN PESTA BORIA (1993) untuk menyedarkan kamu agar kamu tidak mabuk kuasa. Aku sudah membuka rahsia pribadimu secara tersirat. Kamu panik. Kamu minta kawan kamu membawa aku menemui kamu di kediaman kamu.
Hanya engkau dan aku berbincang selama dua jam ditemani cucur kodok, kopi. Kita bercakap :hang" dan "aku". Aku beritau apa orang cakap mengenai kepimpinan kamu dan juga kelemahan kamu. Kalau aku berniat jahat dan merakamkan apa isi hati kamu dalam perjumpaan itu tentu kamu terkejut beruk dan pitam tiga hari tiga malam.



Kau sahabat aku dan aku hormat perjuangan kamu. Malangnya kamu tidak insaf dan hanya memperalatkan orang untuk kepentngan dirimu. Kamu mengkhianati dan menebar janji seperti dukun menebar bertih. Kamu boleh memakai banyak topeng, menjulang diri sendiri mengemis sokongan rakyat. Tapi kamu lupa Allah miliki segala termasuk mimpi kamu menjadi PM. Kamu jaja nama Allah. Kamu menyesatkan ummah dengan pendirian politik kamu yang pro US dan Zionis.


 Kamu sanggup menghancurkan aspirasi bangsa kamu sendiri, memperlekehkan Islam dan mempurak-purandakan keharmonian kaum kerana dendam kesumat kamu terhadap UMNO yang menyingkirkan kamu.
Anwar, insaflah!. Allah telah mewahyukan dalam al-qur'an yang melaknati kaum Nabi Lut. Kau tahu Allah tidak akan merestui perjuangan kamu kerana nafsu songsang itu. Sia-sia saja perjuangan kamu. Sebaik-baiknya kamu insaf bila mejadi penghuni penjara kali pertama atas kes yang sama. Kamu silap langkah. Kamu cabar kuasa Allah. Kini Allah buktikan kuasaNya cash on delivery di atas muka bumi untuk menginsafi kamu dan seluruh umat manusia. Anwar, insaflah dan kembalilah ke jalan yang lurus untui mendapat keredhaan Allah. Ingat kalau Allah hendak jadikan maka jadilah ia.

PRK PERMATANG PAUH " UMNO JANGAN TERLALU GAIRAH"

Olih: Yahaya Ismail

Pilhan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akan berlaku tak lama lagi. UMNO jangan terlampau gairah bahawa ia mudah menang di situ. Permatang Pauh kubu kuat Anwar. Dulu Wan Azizah jadi calon. Dia menang mudah. UMNO pocik. Bila Anwar menggantikan isterinya sebagai calon dia juga menang mudah. Apakah kali ini Anwar akan arahkan anak menantunya sebagai calon untuk mengekalkan "kuasa" keluarga homosek super tegar? Belum tahu lagi. Atau apakah Mat Sabu yang menggelarkan Anwar "aljuburi" di masa lalu tetapi kini menjadi macai Anwar akan menjadi calon di situ? Belum tahu.

UMNO boleh merampas kubu kuat Anwar kalau meletakkan calon terbaik, berwibawa, tidak rasuah, berilmu dan komited terhadap kepentingan rakyat. Jangan sekali-kali memilih calon yang banyak kudis buta politik pekung dan puru politik.Kalau ada sabotaj dari pihak UMNO untuk menghancurkan calon Najib mesti mengambil tindakan tegas. Jangan sekali-kali pilih kroni kerana yang menentukan nasib calon ialah ribuan pengundi berbagai kaum.


Ini peluang paling baik bagi UMNO menghancurkan mitos Anwar sebagai "pejuang berjiwa rakyat". Strategi UMNO mesti bijak. Kata orang pukul ular, ular mesti mati, kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk. Sekiranya ketua bahagian atau mana-mana pemimpin berjiwa kerdil mensabotaj calon kerana tidak dipilih maka UMNO mesti bertindak tegas dan cepat mengatasi isu tersebut.
Sebenarnya PRK Permatang Pauh kali ini boleh menjadi indikator apakah Anwar masih menjadi idola mereka atau mereka sudah berpihak kepada UMNO. Kalau calon UMNO menang imej Najib kembali segar seperti bunga layu disentuh embun pagi. Tapi kalau calon UMNO kalah juga maka Najib perlu membuat kritikdiri dan insaf bahawa dia tidak dianggap populer sebagai pemimpin. Sekali-kali jangan dia bawa Rosmah bersamanya untuk berkempen. Na'as UMNO.


Kata peribahasa burung terbang jangan dipipis lada. Belum tentu BN boleh menang di PP kalau salah pilih calon, salah strategi kempen, tak ada kerjasama antara ketua bahagian dengan calon dan ahli2j/kuasa, sikap [ilih kasih memberi bantuan kpd rakyat, sikap bodoh sombong para pemimpin BN.

 Mitos Anwar sebagai pemimpin Islam sudah hancur. Dia homosek super tegar yang hipokrit. Tapi kalau UMNO bodoh sombong, tk bijak merancang strategi tentu tak berjaya menawan PPauh.

ANWAR: DR JAKYLL DAN MR HYDE

Olih : Yahaya Ismail

Anwar ada penyakit jiwa yang kronik. Dia merasakan dirinya paling hebat, paling berkuasa, paling populer. Seperti Hitler dan Sukarno dia memukau rakyat jelata dengan pidato berapi-api. Sorak gemuruh rakyat jelata menjulang dirinya sebagai pemimpin nombor wahid. Tepukan gemuruh rakyat membakar semangatnya juga menggelodak nafsunya. Dia menghidupkan kultus pribadinya. Dia menganggap dirinya sebagai "penyelamat" rakyat dan negara. Egonya setinggi Everest. Bahwa Tun Dr Mahathir juga mengaguminya dan menyintuklimaunya sebagai bakal pengganti PM buat Anwar terkapai-kapai dalam ombak fantasi kuasa yang luarbiasa. Lalu dia menjadi manusia super rakus, digodok oleh nafsu keinginan membolot harta dunia dengan para kroninya. Keduduikannya sebagai TPM merangkap menteri kewangan dianggap sebagai hak sdn bhd yang membolehkan dia bertindak menurut suara hatinya untuk membina kekuatan politiknya. 
Dia merasakan dirinya lebih hebat dari Tun M sendiri. Dengan mudah dia menewaskan Ghafar Baba untuk merebut jawatan timbalan presiden merangkap TPM pada tahun 1993. Ghafar hanya boleh berucap mengeluarkan air lior. Anwar berucap sambil para kroninya memberi angpau kepada ketua2 bahagian dan para juak-juak yang menjadi kuda kepang menari menurut alunan nafiri Anwar. Dia buat kesilapan besar bila cuba menjatuhkan Dr M sebagai presiden UMNO merangkap PM. Dia cepat lupa budi dan peluang yang diberikan Dr M terhadapnya. Dia seperti anjing tersepit, bila dibebaskan, cuba menggigit tuannya! Dia fikir Dr M tentu tunduk mengikut telunjuknya seperti mana dia lakukan terhadap para kroni, juak2, tukang2 ampu, paklawak-paklawak yang menari mengikut lagunya. Dia fikir para sahabatnya dari negara2 Barat khasnya US, Britain, Kanada, Australia dll akan mengenakan tekanan politik terhadap Mahathir sekiranya Mahathir tidak menjadikan dia sebagai pengganti PM. Sebahagian besar ketua2 bahagian dan juak2 UMNO sudah berpihak kepadanya. Kalau dia dengan mudah menewaskan Ghafar maka kini giliran Dr M pula menjadi mangsanya.
Dia silap langkah. Dia gelojoh. Sebenarnya Mahathir sudah baca kilat dalam kilau mainan politik Anwar. Mahathir boleh baca setiap langkah yang dirancang Anwar. Dalam satu pertemuan dengan Tun M di JPM b beliau berkata sebagai menteri dlm negeri dia tahu segala rancangan jahat Anwar untuk menggulingkannya.
Tun M memang sayangkan Anwar. Dua minggu sebelum PM memecat Anwar dari kabinet dan UMNO dia dinasihatkan pergi "bertapa" keluar negara selama dua tahun supaya rakyat lupa tentang selera homoseksualnya. Anwar protes. Dia menuduh Mahathir ada komplot hendak menjatuhkannya. Dia menentang PM. Bila dipecat dia hasut rakyat mengadakan demonstrasi. Kononnya dia mahu membawa "reformasi" dalam perjuangan. Beribu-ribu golongan muda khasnya menjulang Anwar sebagai "penyelamat". Pidato Anwar memukau mereka. Otak dan fikiran tidak guna lagi. Mereka khayal mendengar pidato Anwar. Mereka tidak sedar silat dan kuntau politik Anwar sebenar. Banyak orang bertanya mengapakah Anwar tidak menunggu masa bagi Mahathir melepaskan jawatan PM kepadanya? Bukankah Mahathir berkali-kali mengumumkan kepada rakyat Anwar bakal penggantinya? Mengapa Anwar gelojoh sangat? 
Mahathir tahu jawapannya. Anwar hendak jadi PM dengan segera kerana dia tidak mahu rakyat tahu dia seorang homosek super tegar! Mahathir juga tahu Anwar mempunyai agenda politik bersama US dan Zionis untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka US dan Zionis. Menurut Tan Sri Megat Jonid, matan timbalan menteri dlm negeri (allahyarham) CIA telah memberitahu Bukit Aman Anwar seorang homosek sejak tahun 1993 - tahun yang sama waktu saya menulis buku ANWAR IBRAHIM ANTARA NAWAITU DAN PESTA BORIA Pada 10 Februari 2015 yang lalu Anwar bin Ibrahim, mantan TPM merangkap menteri kewangan, ketua pembangkang Pakatan rRakyat merangkap penasihat PKR, dijeblos dalam penjara selama lima tahun atas tuduhan meliwat - kali kedua beliau dikaitkan dengan kes dan minat yang sama - main juboq!

Tuesday, 10 February 2015

Semua Manusia Sama Rata Disisi Undang Undang

Kenyataan Pendakwa Raya berhubung keputusan kes Liwat Anwar

Keputusan Anwar Ibrahim – Kenyataan Pendakwa Raya
10hb Februari 2015

1. Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.

2. Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.

3. Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.

4. Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.

5. Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta - sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.

6. Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 - dalam erti kata lain, padanan sempurna ('full flush'). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.
7. Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.

8. Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.
9. Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

10. Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.
11. Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.

12. Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.

13. Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.
14. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.
15. Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Arwah Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.
16. Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.
17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.
18. Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

19. Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia - dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.
20. Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang.
Terima kasih