Wednesday, 19 August 2015

Mana Pengkritik 1MDB Dan 2.6 Bil Yang Macam Kena Sampok Hantu Tak Gian Nak Menyalak Ke


Patut la Azmin@Aiscream Malaysia tidak bolih tidor 2 bulan...RUPANYA DIA (AZMIN ALI) MAIN SILAP MATA YA...
Aset negeri Selangor yang berjumlah RM6.3 bilion, kini berada di bawah sebuah firma pelaburan negeri, DEIG, sebuah syarikat yang hanya merupakan Syarikat Sendirian Berhad.

Amat membimbangkan apabila DEIG tidak tertakluk kepada mana-mana enakmen dan tidak dikehendaki membentangkan laporan kewangannya kepada DUN Selangor. DEIG mempunyai kebebasan untuk menguruskan RM6.3 bilion aset di negeri ini tanpa akauntabiliti dan adalah merupakan ilham Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR. Azmin Ali telah menubuhkan DEIG tanpa mendapat perundingan atau kelulusan daripada DUN Selangor.

Apabila DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, ia tidak perlu diaudit oleh kerajaan negeri dan syarikat berkenaan tidak mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan kepada DUN, yang mana ini berbeza perlaksanaannya berbanding MBI.

Lebih membimbangkan ialah apabila DEIG ditubuhkan di bawah akta ini, boleh membuat pinjaman yang jika tidak diurus dengan baik, boleh memberi kesan kepada aset pelaburan kerajaan negeri.

Tambahan lagi, sekiranya DEIG tidak dipantau oleh mana-mana pihak berkuasa, adakah DEIG boleh melakukan apa sahaja salah laku dan penyelewengan termasuk menggunakan aset negeri dengan sewenang-wenangnya


No comments:

Post a Comment