Tuesday, 16 December 2014

Puak Puak Lahabau Ni Dah Jauh Tersesat

Kotor dan hina lagi keji permainan parti kencing Rakyat (PKR) ,cuba merasuah Ahli Parlimen BN semata-mata nak sampaikan hajat nafsu serakah KETUM Anwar Ibrahim.. Parti Kencing rakyat ini la bapa segala kaki rasuah...SYUKUR PADA ALLAH KERANA SELAMATKAN MALAYSIA DARI NIAT JAHAT SYAITAN2 PARTI KENCING RAKYAT

Untuk mendapat kuasa dan jawatan, KETUM Anwar akan melakukan apa saja dan saya maksudkan apa saja walapun pun perlu makan tahi untuk tawan Putrajaya.  Perkara ini bukannya perkara baru hanya dsebabkan ianya kes mahkamah dan tertakluk dengan sumpah mahkamah. cuba bawa si KETUM sumpah laknat, tengok siapa yang berani angkat.... kecuali si KETUM yang sampai mati pun takkan sesekali buat .


Betapa halusnya permainan puak -puak Parti Kencing Rakyat untuk melobi pemimpin lain agar melompat parti dan menjanjikan peluangan yang lumayan kepada sesiapa yang tunduk pada permintaan mereka.. Nah!! inilah sikap Pembangkang, mengajar kita erti berpaling tadah, ajar jadi pengkhianat kepada ketua, unsur - unsur menghasut untuk menjatuhkan seseorang.. Menghasut seseorang untuk kepentingan peribadi yang ingin menjadi Perdana Menteri Jelas lagi bersuluh amalan puak ini sememangnya duri dalam daging..

Puak puak lahabau ni dah jauh tersesat rupanya dah tak ingat apa lagi dah tunjuklah apa pun bukti kalau dibanding dengan umat zaman jahilliah lagi teruk pasal yang maha penting bagi mereka duit saja, nauzubillah astargfirullahalazim hanya Allah yang berhak nak masukkan mereka kemana tapi kalau ikut gaya tak ada harapan nak dapat safaat Nabi kalau macam ni punya teruk nauzubillah.


Susu Lembu Punya Sapi Dapat Nama - Buat Report Polis Pun Satu Perniagaan. ZMY

Pada tahun 1998, Khairuddin mencuri perhatian sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. (Bila pula dia ni jadi Penerbit....Dia ikut sahaja) ...
(Penulis Surat Dari Kota - ZMY ....Kemudian nya di olah olih Khalid Jefry....)

Beliau turut mengaku sebagai orang pertama membuat laporan polis terhadap Anwar berdasarkan kandungan buku itu.

"Kalau kita ingat semula sejarah politik tanah air tahun 1998, sayalah orang yang menerbitkan buku 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri yang ditulis oleh sahabat karib saya Allahyarham Datuk Khalid Jafri.

"Saya orang pertama yang membuat tiga laporan polis terhadap timbalan presiden Umno, timbalan perdana menteri, menteri kewangan Malaysia pada tahun 1998.

"Pemimpin-pemimpin Umno pada masa itu masih cium tangan penyangak Anwar Ibrahim tetapi saya seorang bangun untuk melawan kemungkaran Anwar Ibrahim," katanya.

Buku tersebut akhirnya mencetuskan kejatuhan karier Datuk Seri Anwar Ibrahim  dalam Umno.  (Tak ada kena mengena pun dengan si Khairuddin..."Susu Lembu punya sapi dapat nama.....Orang baru bolih lah kena tipu ...)

X Fail...Surat-surat layang - (Surat Dari Kota)... yang menuduh Anwar melakukan perbuatan sumbang yang diedarkan secara berleluasa pada tahun lepas (1997) Tak ada kene mengena dengan Khairuddin....

 

(Tercatit dalam  Afidavit Senior Assisten Komisioner II Musa Hassan, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ).


SAYA adalah Penyelia Pegawai Penyiasat yang menyelia siasatan berkaitan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM dan telah mengarahkan siasatan dilakukan berkaitan buku itu setelah menerima empat laporan polis yang dibuat oleh penama berikut:

- Abu Bakar Md Ahmad, peniaga.

- Abd Zarin Mohd Yasin, peniaga. (ZMY - Surat dari Kota / Sangkelembai)

- Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri.

- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri.

Kesemua laporan ini saya kelaskan untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah jenayah. Afidavit Nallakaruppan a/l Solaimalai yang diikrarkan pada 25 Ogos 1998 telah dirujuk kepada saya dan saya membacanya serta memahami isi kandungan afidavit itu. Saya menafikan bahawa penyiasatan polis dalam kes ini dibuat dengan niat jahat (malice), salah guna proses dan mala fides



Orang yang buat rteport polis fasal IMDB tu.. tanya dekat dia duit RM4 juta yang Pak Lah bagi untuk Yayasan Islam Hadhari.. kemana di belanjakan dan tajaan berjuta RM untuk terbang dengan kapalterbang ringan "Kailan'... hahaha.. No Intregriti person buat report polis
\


 si Khairduddin, saya ada kurang sikitlah.. tanya dia grand Islam Hadhari yang di bagi oleh Pak Lah sebanyak RM4juta itu.. apa dia buat? orang lain bolehlah anggap jadi 'hero'. Betulker dia pusing dunia..lepas kutip wang tajaan RM juta-juta dan namakan pesawat kapalterbang ringan dia nama emak Pak Lah.. Dia yang patut kena di reportkan. (dari tulisan ZMY dalam FB nya)




Di Duta Vista, perbincangan saya dan allahyarham khalid jefri bagi menerbitkan buku tersebut beberapa kali.. satelah insiden berapa orang ditangkap oleh polis dan dibawa kerumah Anwar Ibrahim, surat umi hafilda bocur.. ZMY




(Inilah  wajah watak Penimpil sahaja.... Bila pula si Khairuddin ni buat laporan polis....tak ada dalam fail polis dan mahkamah......)


Saturday, 25 October 2014

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

MELAKA 24 Okt. – Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.
Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.
"Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?.
"Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.
"Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri dam Patriotisme Dalam Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Perwaris Budaya sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-15 di Perkampungan Hang Tuah Duyong di sini hari ini.
Seminar tersebut telah disempurnakan oleh Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri kira-kira 100 peserta.
Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, keadaan yang berlaku itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan kerana kegagalan 604 pelatih terlibat tidak boleh bercakap bahasa Melayu.
Di samping itu beliau turut mempersoalkan bagaimana pelatih terbabit boleh lulus SPM sedangkan mereka langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.
Justeru menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terhalang.
Ujarnya, langkah perlu dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya orang Cina dan India dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.